Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan jiwa
Membuat hati ini rasa kecewa
Kerana tidak dari mula
Mengetahui apa yang kau rasa
Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan ibu meletakkan kepala
Menunggu saat dan ketikanya
Diangkat rohmu bertemu Yang Esa
Beralun zikir menutur kasih
Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Hanya linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu..... adikku
Oh sukarnya untuk kami menerima
Bahkan payah untuk diri ini mempercaya
Walaupun hati berat rasanya
Terpaksa ku terima ketentuanNya
Bahawa manusia ? kan pergi akhirnya
Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta rasanya
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak kenanganmu selama-lamanya
Kau tinggalkan kami kau takkan kembali
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merindui mu........
***Noor Azlina Abas (1987 - 2011)***
Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Allah Taala berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari. (Shahih Muslim No.4832)
Mengapa di cari secantik Balqis, andai diri tidak sehebat Sulaiman... Mengapa mengharapkan teman setampan Yusof, jika kasih tidak setulus Zulaikha... Mengapa mengharapkan teman seteguh Ibrahim, andai diri tidak sehebat Siti Hajar... Mengapa didamba teman sehidup yg sempurna Muhammad, jika ada keburukan pada diri sendiri...Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan... CARILAH KEBAIKAN ITU PADA DIRINYA... BERSYUKURLAH DIPERTEMUKAN DENGANNYA DAN BERDOALAH KERANA DIA MILIKMU...
No comments:
Post a Comment