Mengapa di cari secantik Balqis, andai diri tidak sehebat Sulaiman... Mengapa mengharapkan teman setampan Yusof, jika kasih tidak setulus Zulaikha... Mengapa mengharapkan teman seteguh Ibrahim, andai diri tidak sehebat Siti Hajar... Mengapa didamba teman sehidup yg sempurna Muhammad, jika ada keburukan pada diri sendiri...Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan... CARILAH KEBAIKAN ITU PADA DIRINYA... BERSYUKURLAH DIPERTEMUKAN DENGANNYA DAN BERDOALAH KERANA DIA MILIKMU...

Saturday, April 7, 2012

Derhaka kepada ibu bapa



Allah berfirman, "Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah." (al-Ahqaf: 15)

Nabi saw. bersabda, " Redha Allah bergantung pada redha ibu bapa kamu dan murka Allah bergantung pada murka ibu bapa kamu." (HR al-Hakim)

Allah berfirman, "Allah melarang kamu daripada menyembah selain kepadaNya dan menyuruh supaya kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu maka janganlah kamu mengatakan kepada keduanya "ahh" dan janganlah kamu membentak mereka tetapi ucapkanlah kepada mereka dengan perkataan yang mulia. (Al- Isra': Ayat 23)

Nabi saw. bersabda, "Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kalian berbuat derhaka kepada ibu kamu". (HR Bukhari no: 5975 Kitab al-Adab)

Dari Abu Bakrah ra., Nabi saw. bertanya, "Mahukah aku beritahu kalian dosa terbesar dari dosa-dosa besar ?" (1) Mempersekutukan Allah. (2) Derhaka kepada ibu atau bapa. (3) Membuat kesaksian palsu. (HR Bukhari)

Nabi saw. bersabda, "Semua dosa akan ditangguhkan pembalasan sampai nanti hari kiamat, kecuali derhaka kepada ibu atau bapa, maka sesungguhnya Allah akan segerakan pembalasan kepada pelakunya dalam hidupnya (di dunia) sebelum dia meninggal dunia." (HR Hakim)

Nabi saw. bersabda, "Ada tiga orang yang tidak akan masuk syurga: 1) orang yang derhaka kepada ibu bapanya. 2) lelaki yang dayus. 3) perempuan yang menyerupai laki-laki." (HR Nasa'i, Bazzar dan Hakim)

Pemergian Mu....

Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan jiwa
Membuat hati ini rasa kecewa

Kerana tidak dari mula
Mengetahui apa yang kau rasa
Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan ibu meletakkan kepala
Menunggu saat dan ketikanya
Diangkat rohmu bertemu Yang Esa
Beralun zikir menutur kasih
Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Hanya linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu..... adikku
Oh sukarnya untuk kami menerima
Bahkan payah untuk diri ini mempercaya

Walaupun hati berat rasanya 
Terpaksa ku terima ketentuanNya
Bahawa manusia ? kan pergi akhirnya
Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta rasanya
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak kenanganmu selama-lamanya
Kau tinggalkan kami kau takkan kembali
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merindui mu........ 



***Noor Azlina Abas (1987 - 2011)***


Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: 
Rasulullah saw. bersabda: Allah Taala berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari. (Shahih Muslim No.4832)

Wednesday, June 22, 2011

aduhhhhh.....

kenapa aku mengeluh......
mana x nya.... maid wat hal lak
punyalah bagus aku jaga...
masak... x perlu
basuh kain...... x perlu
iron baju........ x perlu
kemas rumah....... ckit2 je
keja dia jaga anak aku je...
makan dia pun aku yg sediakan...
isisisissss.... dapat ke majikan cam aku ni
x tau bersyukur betul maid aku ni kan...
apa lg yg dia nak.....
makan..... aku ajak join sekali
xde lak aku bezakan dia maid
igtkan  boleh la buat baik
rupanya x tau kenang budi...
dasar warga asing........
serik la aku dengan warga asing ni....
x boleh di buat baik kut...
uupppssss ter emosi lak...
mau nya x..... klu dah kena cam ni??
malas la aku nak cita panjang2
sakit sgt ati aku ni

k la..... cauuuuu....

Wednesday, May 25, 2011

kuanter lagi...

mengantuknya harini jaga kaunter...
maunye x...... adam n aleesya bangun kul 4.00pg main lak...
aduhhhh x kesian lansung pada mama yg nak keja ni...
sampai 6.30pg baru nak tidor....
mama dah xde masa nak tido...
nak masak brake1st n mkn tengahagi anak2 mama lg..
hari ni lak x ramai subjek  ini yg bertambah ngantukkk...
cam na nak wat ni....
dah ulang alik toilet byk kali ni...
lambatnya lg kul 5....
zzzzzz........

Monday, May 9, 2011

Selamat Hari Ibu

Rasanya masih belum terlewat
nak ucapkan Selamat Hari Ibu.....
kepada ibu tersayang.. "Salasiah Said"
serta ibu2 di seluruh dunia....
Ibu engkaulah segalanya bagiku....
tanpa mu siapalah aku....
tanpa dirimu hilanglah manjaku...
kasihmu bertahta di hatiku....
dirimu terlalu berharga bagi ku.....
maafkan aku sekiranya tersentuh hatimu..
bukan sengaja aku begitu....
hanya ibu saja yg memahami
sikap anak2 ibu...

tiada kata yg dapat ku ungkapkan padamu
hanyalah jeritan.....IBU........
aku sangat sayang padamu....
{dah x mampu nak taip lg lah...... menitis air mataku...... kenapa aku syahdu sgt ni...????}
...........

Thursday, April 21, 2011

Permaisuri Lebah......

tersangat lah penatnya.....
dok sibok mengemas bilik dia la
Permaisuri Lebah.......
termakbul gak doa aku Alhamdulillah...
bukan x suka tp dah x tahan
semoga tmp baru nt dia akan lebih selesa
dan bekerja dengan lebih bagus lg..
if dia teruskan dgn sikap yg cam skrg
tentu xde org nak kwn dgn dia
sikap melambangkan keperibadian seseorang
x tau la nak ckp ape mybe
tujuan sebenar tuk mengajar tp.....
cara yg x sesuai or x kena gaya
hanya kesabaran yg menebal
aku gagahkan tuk terus bertahan
bahagia rasanya doa dah di perkenan
ku panjangkan doa kehadrat ilahi..
semoga hidupnya sentiasa di berkati
berubahlah untuk masa depan sendiri
x rugi pun klu berbaik budi
terima kasih pada mu Permaisuri
banyak perkara yang telah ku pelajari
akan ku ingat sampai ke mati...

Tuesday, April 12, 2011

Kerja, Kerja, Kerja....

hhhmmm..... semejak keja gomen ni asyik kena komen je dgn hubby.......
balik keja lambat.....
nak wat keja umah dah x larat......
layan kerenah anak mmg la x sempat......
gaji x seberapa pun yang dapat......
borak dgn hubby pun nak cepat2.....
nak layan mata yg semakin melekat....
nape la teruk mcm ni sangat????
org lain elok je ceria n bersemangat...
cara kerja aku ke yg x tepat....
kerja aku ke yang banyak sangat...
atau keja yg mmg bertingkat-tingkat....
prosuder keja kut yg banyak peringakat..
entah la malas dah nak ingat...
buat je la ape yg sempat...
balik je umah kalau dah jam 5 tepat...
boleh ke aku balik cepat-cepat....
selagi x siap filing n x clear kat tempat...
jgn berangan la nak balik cepat...
k lah aku pun dah x larat..
nak komen bayak2 pun ape yg dapat...
ok la dah malas nak ingat....
cau cin cau dulu, nak mkn la klu sempat...
tata titi tutu....

About Me

My photo
Welcome to my blog. Enjoy!! Just 4 fund...